1.8K
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Pertahanan hari ini menangguhkan semua aktiviti, majlis dan program yang melibatkan kumpulan besar ekoran penularan wabak koronavirus (COVID-19).
Menurut sumber, penangguhan tersebut adalah sebagai langkah pencegahan agar warga Kementerian Pertahanan bebas dari dijangkiti wabak COVID-19.
Tempoh penangguhan tidak ditetapkan dan menunggu arahan selanjutnya.
“Semua warga kementerian dinasihatkan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri serta keluarga masing-masing,” tambah sumber.