Home Semasa Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik ganti Tommy Thomas

Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik ganti Tommy Thomas

by M.Daim

PUTRAJAYA, 6 Mac – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melantik Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Idrus sebagai Peguam Negara menggantikan Tan Sri Tommy Thomas adalah berkuatkuasa mulai 6 Mac 2020 dengan tempoh perkhidmatan selama 2 tahun.

“Agong turut perkenan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020,” jelas kenyataan itu.

Pelantikan Idrus sekaligus menjawab persoalan siapa pengganti Tommy selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara pada 28 Februari lalu.

Idrus, 63 tahun, pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 12 September 2014 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 26 November 2018.

Beliau merupakan abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.  Idrus dan Azhar merupakan anak kelahiran Kedah dan membesar di Kampung Sanglang, Ayer Hitam.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!