Home Politik 10 Exco kerajaan Johor angkat sumpah

10 Exco kerajaan Johor angkat sumpah

by Air Times News Network

JOHOR BHARU, 6 Mac – Seramai 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene hari ini.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Exco yang mengangkat sumpah ialah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO iaitu Datuk Samsolbari Jamali (ADUN Semarang); Ayub Jamil (ADUN Renggi); Zaiton Ismail (ADUN Sungai Balang); Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Layang-Layang) dan seorang dari MIC, ADUN Kahang R. Vidyananthan.

Turut mengangkat sumpah empat ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Mazlan Bujang (ADUN Puteri Wangsa); Mohd Solihan Badri (ADUN Tenang); Tosrin Jarvanthi (ADUN Bukit Permai) dan Mohd Izhar Ahmad (ADUN Larkin) bersama-sama dengan seorang ADUN Bebas, Dr Chong Fat Full (ADUN Pemanis).

Berangkat sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Pada Jumaat lepas, ADUN Benut, Datuk Hasni Mohammad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-18.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!