Home Semasa COVID-19: Penutupan sementara ibu pejabat, bangunan lama SKMM Cyberjaya

COVID-19: Penutupan sementara ibu pejabat, bangunan lama SKMM Cyberjaya

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari ini dan esok.

SKMM dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan kauter pembayaran penguntungan radas di ibu pejabat SKMM juga akan digantung buat sementara waktu bermula daripada semalam hingga Ahad (8 Mac).

“Tindakan penutupan dan penggantungan sementara itu diambil sebagai langkah proaktif ekoran penularan wabak Covid-19 dan ia mencerminkan keprihatinan SKMM terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh membuat urusan permohonan dan pembayaran penguntukan radas melalui saluran-saluran seperti di bawah:

a. Permohonan penguntukan radas:

i. Permohonan boleh dikemukakan secara elektronik melalui https://espectra.mcmc.gov.my/; atau

ii. Bagi pemohon baharu, salinan scan copy borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui e-mel kepada [email protected]

b. Pembayaran penguntukan radas boleh dibuat melalui portal pembayaran https://epayment.skmm.gov.my

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan penguntukan radas atau permohonan lesen boleh dikemukakan kepada:

i. Penguntukan radas: : [email protected]

ii. Pelesenan: [email protected]

Sementara itu, suruhanjaya itu juga menjelaskan, operasi SKMM yang lain berjalan seperti biasa dengan kakitangannya bekerja dari rumah.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!