Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota ATM dan PDRM galas amanah bantu jaga keamanan Mindanao

Anggota ATM dan PDRM galas amanah bantu jaga keamanan Mindanao

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia meneruskan penglibatan dalam misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 15 (TPA M-15) dengan menghantar kontinjen seramai 16 ke Mindanao mulai 13 Mac 2020.

Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama (MAB) dalam satu kenyataan berkata, penugasan ini adalah sejajar dengan syarat-syarat perjanjian dan persefahaman yang dimuktamadkan termasuk Terma Rujukan (TOR) yang telah dipersetujui oleh kerajaan Filipina dan kumpulan Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Dalam misi ini, Malaysia merupakan negara peneraju dan mempunyai keanggotaan besar. Pasukan pemantau ini juga turut disertai oleh 9 wakil dari Brunei Darussalam, 2 orang dari Jepun dan seoang dari Norway.

Tempoh misi yang dijalankan adalah selama setahun.

“Sebagai negara peneraju, tugas yang digalas kita adalah besar dan menjadi harapan kepada negara-negara lain di dalam organisasi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao,

“Kita harus berbangga dengan kepercayaan yang telah diberikan.  Untuk itu, saya menyeru kepada semua Tim Pemantau untuk melaksanakan penugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah dan ikhlas,” kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM, semasa menyempurnakan Majlis perasmian TPA M-15 di Wisma Perwira, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut MAB, Malaysia telah menghantar wakil dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyertai misi di Mindanao.

“TPA M-15 terdiri daripada 4 pegawai dan 1 anggota dari Tentera Darat Malaysia (TDM), 3 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 3 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan 2 pegawai PDRM,

“Pasukan ini turut disertai oleh 3 pegawai awam masing-masing adalah dari Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Luar Negeri serta Jabatan Perdana Menteri,

“Misi yang mengantikan TPA M-14 ini diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Anwar Abdullah dan akan berlepas bermula 13 Mac 2020,” jelas MAB.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!