1.1K
MANILA, 5 Mac – Tujuh termasuk Ketua Polis Negara Filipina, General Archie Gamboa dan empat pegawai polis cedera selepas sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari wilayah Laguna, selatan Manila pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Pegawai polis dari pasukan tindak balas, Kapten Edgar Miguel berkata Gamboa bersama empat penumpang dan dua juruterbang cedera dihantar ke sebuah hospital berdekatan.
Miguel berkata enjin helikopter berkenaan terbakar sejurus berlepas sebelum terhempas di sebatang jalan raya.
Punca nahas masih disiasat. – Bernama