Home Politik 13 ADUN BN Melaka tarik balik kerjasama dengan dua ADUN BERSATU

13 ADUN BN Melaka tarik balik kerjasama dengan dua ADUN BERSATU

by Bernama

MELAKA, 5 Mac  – Semua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak menarik balik kerjasama untuk membentuk kerajaan negeri dengan dua ADUN daripada BERSATU.

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata justeru itu,13 ADUN BN berkenaan, semuanya daripada UMNO, akan bekerjasama dengan dua lagi ADUN iaitu ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis (PKR) serta ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee (DAP) untuk membentuk kerajaan negeri.

“Dengan ini saya mengesahkan 13 ADUN BN bersama ADUN Rembia dan Pengkalan Batu membentuk gabungan baharu disokong dengan surat akuan bersumpah untuk dipersembahkan kepada Tuan Yang Terutama (Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob).

“Tanpa menjejaskan kerjasama dan semangat Perikatan Nasional peringkat nasional, gabungan 13 ADUN (BN) dan dua ADUN BERSATU iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (ADUN Paya Rumput) dan Datuk Noor Effendi Ahmad (ADUN Telok Mas) tidak lagi (berlaku) berkuatkuasa serta merta,” katanya pada sidang media di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Pada Isnin lepas (2 Mac) dilaporkan Mohd Khalil telah mendapat representasi bahawa Ketua Menteri Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka, sehubungan itu Mohd Khalil akan melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri yang baharu dijadual esok. (6 Mac) – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!