Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut COVID-19: Semua kru KD Lekiu pulang dari Korea Selatan akan dikuarantin dalam kapal

COVID-19: Semua kru KD Lekiu pulang dari Korea Selatan akan dikuarantin dalam kapal

by Fatini Hanis Norzali

LUMUT, 4 Mac – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil langkah berjaga-jaga hadapi wabak COVID-19 dengan merancang untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan terhadap anak kapal KD LEKIU yang pulang berlayar dari Busan, Korea Selatan.

Kapal KD Lekiu dijangka tiba ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada 5 Mac 2020 sebelum pulang ke Pangkalan TLDM Lumut.

Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelbagai langkah proaktif akan diambil sebaik saja KD Lekiu tiba ke PTKK.

“Sampel ujian COVID-19 akan diambil dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu,

“Selain itu, 4 kaunter pemeriksaan kesihatan akan dibuka oleh pihak Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melakukan saringan kesihatan,” kata kenyataan itu.

Selain itu, TLDM menegaskan semua anak kapal KD Lekiu akan dikuarantin dalam kapal sehingga keputusan ujian dikeluarkan oleh pihak hospital.

“Sekiranya terdapat anak kapal yang positif COVID-19, mereka akan terus dihantar dan dikuarantin di Wad HQE untuk rawatan yang selanjutnya,

“Bagi anak kapal yang bebas dari jangkitan, mereka dibenarkan berlayar pulang ke Lumut sebaik saja selesai ulang bekal dan pengisian minyak kapal,” jelas TLDM.

KD Lekiu ditugaskan mengiringi pelayaran Petronas Floating Liquefied Natural Gas 2 (PFLNG 2) dari Busan, Korea Selatan ke Sabah semenjak 18 Februari lalu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!