KUALA LUMPUR, 4 Mac – Seramai 400 orang anggota dan pengawai dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta staf awam Kementerian Pertahanan Malaysia hadir ke Program Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) ke-61 di Kem KEMENTAH, hari ini.
Program ini dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Arah Pendidikan, Cawangan Tenaga Kerja dan Pusat Darah Negara.
Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Brigedier Jeneral Dato’ Raja Ahmad Ikram Raja Othman TUDM dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.
“Semua pengawai dan anggota ATM, warga awam Kementerian Pertahanan Malaysia dan staf Pusat Darah Negara telah berganding bahu menjayakan program ini,
“Program Derma Darah ini merupakan antara tanggungjawab sosial ATM kepada masyarakat,” kata Bahagian Hal Ehwal Awam Markas ATM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Galeri gambar: