Home Politik ADUN Bersatu, PKR dan DAP tumbangkan Pakatan Harapan di Melaka

ADUN Bersatu, PKR dan DAP tumbangkan Pakatan Harapan di Melaka

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Kerajaan Melaka dibawah Pakatan Harapan hari ini tumbang setelah Barisan Nasional (BN) mengumumkan satu pembentukan  kerajaan baharu apabila mendapat 17 sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Perikatan Nasional menerusi gabungan Barisan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membentuk kerajaan baharu di Melaka.

“Dalam kerajaan negeri sekarang sudah tidak mendapat kepercayaan daripada barisan kepimpinannya, yang mana dua orang ADUN Bersatu iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama BN,

“Secara rasminya kerajaan PH Melaka tidak lagi berfungsi, maka kita akan mengambil alih,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya gabungan ini turut mendapat sokongan dari ADUN Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis, dan ADUN Pengkalan Batu daripada DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Mohd Rafiq berkata parti Bersatu akan memberi komitmen bersama kepimpinan BN.

“Kita akan memastikan kekuatan kerajaan baharu dan kerjasama ini akan memberi masa hadapan yang lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

ADUN Rembia dari PKR berkata kepimpinan peringkat negeri perlu sehaluan dengan pusat,

“Kalau rakyat inginkan pemerintahan peringkat pusat berubah, maka negeri-negeri perlu berubah seiring,

“Kami berpendapat Melaka perlu dipimpin kearah lebih baik, saya harap rakyat Melaka faham, mandat yang diberi pada PRU-14 lepas adalah untuk kehidupan yang baik,

Menurut Muhammad Jailani, kepercayaan yang diberikan kepada PH, dalam tempoh 22 bulan ini tidak dapat dilaksanakan.

Manakala ADUN Pengkalan Batu dari DAP berkata beliau bertindak dalam gabungan baharu ini demi kepentingan orang Melayu.

“Yang mana hari ini saya telah berkerja keras bertungkus lumus, mereka kata hendak berkhidmat, tapi saya tengok nak bermaruah, tapi saya tengok saya jadi barua saja,

“Bila hati dan jiwa raga saya serahkan, ini yang berlaku,

“Saya kecewa, jadi saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepemimpinan kerajaan baru tak kecewakan rakyat,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!