KUALA LUMPUR, 1 Mac – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memohon agar sidang pertama bagi penggal ketiga Parlimen diteruskan seperti yang dijadualkan.
Pakatan Harapan dalam kenyataannya hari ini berkata, Majlis Presiden PH membuat keputusan itu setelah mengadakan mesyuarat pada hari ini.
“Dengan sokongan 112 Ahli Parlimen memohon sidang pertama bagi penggal ke-3 Parlimen akan diteruskan pada 9 Mac seperti yang dijadualkan,
“Ini adalah peluang terbaik untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri dan seterusnya menamatkan kemelut politik negara yang tidak menentu sekarang,” jelas kenyataan itu.
Dalam masa yang sama, Majlis Presiden PH turut melantik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai ketua setiausaha PH yang baharu bagi menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang keluar PKR pada 24 Feb lepas.