Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Pemilihan Muhyiddin PM ke-8, pencapaian terbaik Muafakat Nasional – Setiausaha Agung PAS

Pemilihan Muhyiddin PM ke-8, pencapaian terbaik Muafakat Nasional – Setiausaha Agung PAS

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah satu pencapian terbaik Muafakat Nasional.

“Ini adalah satu pencapaian yang terbaiklah kita rasa hasil daripada Muafakat Nasional yang kita adakan bersama dengan UMNO,

“Jadi kami PAS dengan UMNO daripada komponen terbesar didalam kerajaan yang baharu ini yang akan ditentukan nama nanti,” katanya kepada pemberita diperkarangan rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini.

Menurutnya, PAS akan memberi aku janji berkerjasama dengan Perdana Menteri dan memberi sumbangan khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Beliau juga menyatakan kami akan memberi sumbangan khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Kita akan dapat pandangan rakyat, apa yang mereka hendak kerajaan ini (baharu) laksanakan setelah dua tahun dibawah Pakatan Harapan,”ujar Takiyuddin.

Mengenai ahli Parlimen PAS menyertai kabinet, beliau berkata terpulang kepada Perdana Menteri putuskan.

“Itu belum dibincangkan lagi, itu bukan objektif utama, kami hanya nak menyelamatkan Malaysia, dengan menukarkan kerajaan PH untuk menukarkan kepada kerajaan baharu,” jelasnya.

Sebelum itu, Istana Negara telah memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi esok.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!