KUALA LUMPUR, 29 Feb – Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’aytuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Muhyiddin selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Proses seterusnya ialah Istiadat Pergurnian Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 pada jam 10.30 pagi di Istana Negara,
“Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.
Pelantikan Muhyiddin adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir, titah baginda.
“Baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media,” katanya.