KUALA LUMPUR, 28 Feb – Muafakat Nasional bersetuju untuk mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Muafakat Nasional dalam satu kenyataan besama antara Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan 57 Ahli Parlimen Muafakat Nasional bersetuju dan memberi sokongan sepenuhnya kepada kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri kelapan.
“UMNO (dengan 39 Ahli Parlimen) dan PAS (dengan 18 Ahli Parlimen) selaku gabungan Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri kelapan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Manakala gabungan komponen Barisan Nasional iaitu MCA (2 Ahli Parlimen) dan MIC (1 Ahli Parlimen) juga bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8.
“Ini bermakna seramai 42 orang Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin,” jelas Barisan Nasional dalam kenyataanya.