Home Pertahanan dan Keselamatan ATM dan PDRM siaga pastikan tiada anasir luar ambil kesempatan ke atas situasi negara

ATM dan PDRM siaga pastikan tiada anasir luar ambil kesempatan ke atas situasi negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba membawa masuk elemen luar ke negara ini sehingga boleh mencetusk keadaan yang tenteram.

“Dengar ada elemen-elemen luar nak masuk ke dalam negara untuk membantu sesiapa pun,

“Itu saya dah ingatkan, itu satu pengkhianatan terhadap negara. Jangan libatkan orang luar, ini kita di dalam, perbalahan adik-beradik antara parti itu dan parti ini.

“Kalau di Parlimen boleh bertepuk bertampar, bergurau semua, kenapa kali ini keluar dari situ nak mencetuskan keadaan tidak baik kepada negara,” tegas Hamid semasa media di luar pekarangan Istana Negara, petang ini.

Menurut Hamid, PDRM sentiasa mengawal keselamatan tanah air dan mengambil langkah drastik bagi memastikan keamanan negara terjaga.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Tan Affendi Buang TUDM menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia dan siap siaga untuk membuat kawalan di kawasan tanggungjawab bagi memantau pergerakan dan keadaan semasa.

Terdahulu, Affendi dan Hamid hadir ke Istana Negara bagi memberikan taklimat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Kami hadir ke Istana Negara adalah dengan titah Tuanku untuk memberi maklumat terkini berhubung keselamatan dan keamanan negara,” jelas  Affendi.

Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersiap sedia bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara sepanjang masa terutamanya sewaktu keadaan semasa tanah air yang tidak menentu.

 

Related Articles

Leave a Reply