KUALA LUMPUR, 27 Feb – Istana Johor hari ini mengumumkan satu kerajaan negeri yang baharu telah dibentuk dari gabungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah dalam satu kenyataan berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berpuas hati dengan gabungan UMNO-PPBM yang telah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
“Apabila 28 ADUN memilih gabungan baharu berbanding 26 ADUN memilih Pakatan Harapan,
“Oleh yang demikian, gabungan parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar, sebelum susunan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu dilantik,
“Tuanku berharap agar pentadbiran kerajaan negeri segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat,” katanya Jaba.
Beliau berkata, ekoran daripada pengumuman Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas yang PPBM telah keluar daripada Pakatan Harapan (PH) menyebabkan kedudukan kerajaan negeri turut terjejas dan hilang majoriti menjadikan kerajaan yang tergantung.
“Menteri Besar, Datuk Dr Saharuddin Jamal bersama Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad telah menghadap Sultan Johor semalam bagi memaklumkan satu gabungan baharu telah diwujudkan bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan berjaya memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu,
“Bagi mengesahkan sokongan majoriti tersebut, Sultan Ibrahim telah bertitah supaya diadakan satu sesi temubual bersama setiap ADUN bagi mendengar sendiri sokongan yang diberikan,” ujarnya.
Dalam tembubual itu, setiap ADUN dikehendaki menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong Pakatan Harapan atau gabungan baharu,” katanya.
“Temubual tersebut dibuat dihadapan Sultan Johor dan disaksikan Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,” tambahnya.
Menurut Jaba, daripada 56 ADUN yang dipanggil, dua orang tidak dapat menghadirkan diri iaitu ADUN Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub dari Amanah, dan Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dari PPBM.
“Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan ADUN Gambir turut hadir dapat dalam sesi temubual tersebut, katanya.