KUALA LUMPUR, 26 Feb – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata akan cuba mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti jika dibenarkan.
Tun Dr Mahathir berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.
“Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” kata beliau dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung.
Menurut Tun Dr Mahathir, Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.
“Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong,
“Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara,
Beliau menegaskan politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.