Home Politik Perdana Menteri ke-8 adalah dari PKR – Saifuddin

Perdana Menteri ke-8 adalah dari PKR – Saifuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Parti Keadilan Rakyat hari (PKR) telah mempersembahkan nama calon Perdana Menteri ke-8  yang dipilih oleh  parti itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Tanpa menamakan siapa calonnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan menamakan pemimpin daripada parti itu sebagai Perdana Menteri yang ke-8.

“Calon itulah yang kami namakan dalam dokumen (akuan bersumpah) yang telah ditandatangani.

“Apa yang saya boleh bagitahu (nama itu) adalah daripada Keadilan (PKR),

“Maklum balas dari Ahli Parlimen PKR telah bermula dari jam 11 sehingga tamat dalam 12.30 tengah hari,” kata Setiausaha Agung PKR itu ketika ditemui pemberita di hadapan perkarangan Istana Negara, hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!