Home Politik Jika Agong tidak dapat tentukan majoriti, bubarkan parlimen – BERSIH 2.0

Jika Agong tidak dapat tentukan majoriti, bubarkan parlimen – BERSIH 2.0

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menegaskan satu pilihan raya umum perlu diadakan bagi memilih kerajaan baharu.

BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan berkata, rakyat perlu diberikan mandat untuk memilih kerajaan baharu.

“Sekiranya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong masih tidak dapat menentukan siapa yang bakal memimpin di parlimen serta gabungan mana membentuk kerajaan, kami memohon agar Baginda untuk membubarkan parlimen,

“Ini adalah bagi membolehkan rakyat memilih parti atau gabungan parti yang mereka mahu sebagai kerajaan selama 5 tahun,

“Yang mana gabungannya boleh membentuk kerajaan, maka kita memohon untuk merobohkan Parlimen dan membiarkan Rakyat memilih parti atau gabungan yang mereka inginkan sebagai kerajaan mereka untuk 5 tahun,” kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan, semalam.

BERSIH 2.0 juga menentang sekerasnya pembentukan parti yang baharu  iaitu ‘kerajaan perpaduan’ yang bakal di terajui oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Desas-desus penubuhan parti politik baru ini ekoran peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri pada Isnin.

BERSIH 2.0 turut mempertikaikan kemampuan Tun Mahathir untuk mengimbangi kerajaan perpaduan sekiranya semua majoriti diwakili oleh pemimpin dalam kerajaan.

“BERSIH 2.0 tidak setuju dengan penubuhan kerajaan sedemikian kerana ia adalah menentang semangat demokrasi,

“Demokrasi adalah mengenai kebenaran parti politik dengan idea yang berbeza untuk bersaing antara satu sama lain dalam mentadbir serta melaksana dasar idologi parti mereka,” jelasnya

BERSIH 2.0 menambah sekiranya kerajaan perpaduan dilaksanakan, ia bermakna tiada parti pembangkang kepada kerajaan pada masa tersebut.

“Tiada pemimpin yang akan berlaku jujur dalam kerajaan. Rakyat juga tidak mempunyai pilihan mengenai siapa yang akan mewakili mereka,

“Rakyat juga dilihat akan menjadi mangsa kerana kleptokrasi mereka sekiranya mereka bersatu,” jelas kenyataan itu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!