KUALA LUMPUR, 25 Feb – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan menyokong penuh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia.
Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin berkata ketetapan berkenaan telah dibuat semasa Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan oleh presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.
“Ahli parti turut sebulat suara menolak peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi Bersatu,
“Hari ini, kesemua ahli Dewan Rakyat Bersatu telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir,”jelas Dr Radzi dalam kenyataanya hari ini.
Dr Radzi turut menyeru agar ahli partinya bertenang dan memberikan keyakinan penuh kepada kepimpinan Bersatu dalam menangani situasi politik semasa ini.
“Kita yakin bahawa situasi politik ini akan dapat diselesaikan dengan segera. InsyaAllah parti dan negara kita akan muncul lebih gagah dan bersatu padu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir,” tambah Dr Radzi.