KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz menyeru seluruh warga kementerian itu menjalankan tugas seperti biasa.
Menurut Muez, demi kelangsungan perancangan dan perlaksanaan dasar-dasar sedia ada kementerian, semua warga perlu menjalan tugas seperti biasa, katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Khas Kementerian Pertahanan hari ini.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengesahkan tugas-tugas pentadbiran dalam kerajaan telah berhenti pada hari ini berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri baru-baru ini.
“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatal pelantikan Menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020,” kata Zuki.
Sehubungan itu, tugas-tugas Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik adalah terhenti pada tarikh yang sama.
Pembatalan pelantikan ini juga melibatkatkan jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan terhenti.