1.5K
KUALA LUMPUR, 24 Feb – Spekulasi perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri telah disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.
PMO dalam satu kenyataan berkata, Tun Dr Mahathir telah menghantar surat perletakannya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 tengahari hari ini.
Semalam, perkembangan politik tanahair menyaksikan beberapa pemimpin dari Bersatu, PKR, UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak, dan Warisan, masing-masing mengadakan mesyuarat secara berasingan di ibu negara dan Petaling Jaya, membuatkan timbul spekulasi ia dipercayai ada kaitan dengan pengaturan semula landskap politik negara.