Home Semasa Setakat ini hayat di Kementerian Pertanian – Salahuddin

Setakat ini hayat di Kementerian Pertanian – Salahuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini memohon maaf kepada semua petani, penternak dan nelayan sepanjang beliau memegang jawatan itu.

Salahuddin yang memegang jawatan itu selama setahun lapan bulan berkata, beliau telah melakukan yang terbaik untuk memperjuangkan nasib golongan berkenaan.

“Setakat ini sahaja hayat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah di bawah kepimpinan MOA yang baharu nanti,

“Saya telah menghabiskan sepanjang hayat saya di MOA untuk memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan,

“Sekiranya saya masih gagal, saya sekali lagi memohon sepenuhnya kemaafan anda semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu turut mendoakan masa depan yang lebih baik untuk kesemua petani, penternak dan nelayan serta akan terus memperjuangkan nasib mereka walaupun tidak lagi bersama kerajaan.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!