Home Semasa COVID-19: Tweet terakhir sebagai Menteri Kesihatan, dua rakyat China dibenarkan pulang hari ini

COVID-19: Tweet terakhir sebagai Menteri Kesihatan, dua rakyat China dibenarkan pulang hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini memuat naik berita pesakit positif COVID-19 yang telah sembuh sepenuhnya dalam laman twitternya. Beliau turut menyifatkan kemaskini tersebut adalah yang terakhir bagi dirinya sebagai Menteri Kesihatan.

Dr Dzulkefly berkata kedua-dua mereka adalah individu ke-14 dan ke-19 daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 22 orang di negara ini.

“Kedua-dua kes dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya,

“Ia membabitkan wanita China berumur 37 dan 38 tahun. Mereka masing-masing disahkan positif COVID-19 pada 5 dan 12 Februari lalu,

“Tweet saya terakhir sbg YBMK. Terima Kasih!”, tulisannya yang dimuat naik di laman twitternya hari ini.

Kenyatan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini dalam laman sosialnya.

Berita gembira berkaitan pesakit COVID-19 berkenaan bagaimanapun menerima reaksi sayu daripada pengguna media sosial.

Rata-rata natizen mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah banyak berbakti kepada rakyat sebagai Menteri Kesihatan.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini. Beliau tirit melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuatkuasa hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!