Home Semasa Perubahan pimpinan: Mufti Wilayah titip doa untuk Malaysia

Perubahan pimpinan: Mufti Wilayah titip doa untuk Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Pada ketika negara dalam teka-teki berkaitan kemungkinan berlakunya perubahan pimpinan tertinggi, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad sempat untuk mendoakan agar keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.

Dr Zulkifli dalam satu hantaran di Facebooknya, memuat naik sekeping gambar doa yang dititip bertulisan tangan dan ditandatangani beliau pada jam 4.45 petang hari ini.

Beliau memuat naik bahawa doa ini ditujukan kepada Malaysia, rakyat dan para pemimpin. Dr Dzulkifli meluahkan untuk berserah dan berharap.

“Bismillahirahmanirrahim. Doaku semoga Allah SWT kurniakan Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga dengan para pemimpin diberi taufiq, hidayah dan sabar,

“Ya Allah berikan kepada kami rasa cintakan negara, kukuhkanlah perpaduan kami,” tulis Dr Dzulkifli.

Dalam sejam dimuat naik, hantaran tersebut telah mendapat hampir tiga ribu lebih perkongsian dan 300 komen yang rata-rata natizen turut mendoakan serta meluahkan rasa mereka terhadap senario  politik tanahair akhir-akhir ini.

“Doa kita untuk si pengejar kuasa. Semoga Allah jernihkan kembali hati kalian. Fikirkanlah rakyat kebanyakan dan bukannya diri kamu dan kelompok kamu sahaja,” ujar MI Shafie.

Manakala Noorhisham Non turut mengaminkan doa tersebut dan berharap ada yang baik untuk NegaraKu.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!