Home Politik Ada unsur khianat dari Bersatu dan PKR – Anwar Ibrahim

Ada unsur khianat dari Bersatu dan PKR – Anwar Ibrahim

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 23 Feb – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat cubaan untuk menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan

Beliau berkata cubaan itu datangnya dari parti komponen kerajaan iaitu Bersatu dan segelintir ahli parti PKR.

“Sekarang kita sedang menunggu maklumat lanjut tetapi ada cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan yang melibatkan bekas sahabat kita; Bersatu dan segelintir pihak dari PKR yang telah mengkhianati kita,

“Mereka telah menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi tetapi tidak ada lagi pengumuman,” kata Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Mengenai kerajaan baharu Anwar menjelaskan beliau belum mempunyai maklumat berkaitan berita itu.

“Soalan mengenai kerajaan baharu… saya belum mendapat maklumat penuh lagi,” kata Anwar dalam tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Keadilan Rakyat,

Hadir sama pada bacaan zikir di kediamannya, Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim.

Difahamkan, Anwar Ibrahim akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 2 petang esok.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!