PUTRAJAYA, 22 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberikan peluang untuk terus mentadbir negara.
“Saya sendiri cadangkan supaya Tun Mahathir diberikan peluang untuk mentadbir. (Sehingga) bila dia tetapkan masa, saya kena bersabar,” kata Anwar ketika menjawab soalan wartawan semasa sidang media Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, tengah malam tadi.
Selain itu, beliau turut menegakan pendirian para pemimpin PH dalam isu peralihan kuasa adalah jelas dan tetap.
“Pendirian kita jelas, tidak ada keraguan dengan komitmen kita untuk memastikan Tun M selaku Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dengan dukungan penuh,” tegasnya.
Terdahulu, Tun M menyatakan beliau telah diberikan kuasa penuh untuk memutuskan sama ada berlaku peralihan kuasa selepas selepas Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.