Home Semasa Pegangan Rule of Law Pakatan Harapan hanyalah jenaka – PUTRA

Pegangan Rule of Law Pakatan Harapan hanyalah jenaka – PUTRA

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menegaskan tindakan menggugurkan pendakwaan terhadap 12 individu berkait LTTE oleh Peguam Negara, Tommy Thomas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

“Telah menjadi satu kebiasaan dan trend Peguam Negara di zaman Kerajaan Pakatan Hara[an (PH) ini untuk tidak mendakwa atau menggugurkan pertuduhan jenayah ke atas semua pemimpin kanan PH yg sedang di tuduh di Mahkamah atau yang masih dalam siasatan,” jelas PUTRA dalam satu kenyataan pada hari ini.

Naib Presiden PUTRA, Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz (Buzze Azam) turut menegaskan tindakan sedemikian rupa menunjukkan prinsip Rule of Law sekadar jenaka.

“Prinsip RULE OF LAW yang dilaungkan oleh Kerajaan PH sejak 2 tahun lepas telah menjadi jenaka apabila jelas kelihatan bahawa elemen politik telah menguasai Jabatan Peguam Negara,

“Istilah Bertindak Professional itu hanya slogan yang terpampang pada papan tanda di Jabatan Peguam Negara,” kata Buzze Azam

Selain itu, beliau turut menyatakan kuasa budibicara di bawah Perkara 145 (3) untuk menggugurkan pendakwaan bukan kuasa mutlak.

“Dalam kes Law Society of Singapore v. Tan Guat Neo Phyllis [2008] 2 SLR 239 Hakim Chan Sek Keong CJ di laporkan menyatakan bahawa kuasa budi bicara di bawah Perlembagaan bukanlah mutlak,

“Kes Singapura menunjukkan bahawa kuasa budibicara seorang Peguam Negara itu bukanlah bersifat mutlak tetapi tetap bergantung kepada beberapa prasyarat asas samada keputusan itu di buat dengan suci hati atau atas tekanan lain,” jelasnya.

Buzze menambah, kuasa budibicara Peguam Negara di Malaysia amat jarang dicabar.

“Mungkin ini peluang untuk julung-julung kalinya mencabar kuasa budibicara Peguam Negara,

“PUTRA tidak akan berdiam diri dan tidak akan juga asyik berbincang sesama sendiri tentang kelakuan Peguam Negara ini tanpa mengambil apa-apa tindakan konstruktif,” tegasnya.

Terdahulu, Peguam Negara, Tommy Thomas telah mengarahkan prosiding 12 orang individu berkait LTTE digugurkan serta-merta. Tommy dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil berdasarkan budi bicara mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!