Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim Malaysia lakukan pelayaran ihsan bawa dua pesakit ke Hospital Besut

Maritim Malaysia lakukan pelayaran ihsan bawa dua pesakit ke Hospital Besut

by Nurulhuda

PASER PUTEH, 19 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan melakukan pelayaran ihsan membawa dua pesakit yang mengalami strok dan patah tulang ke Hospital Besut semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Klinik Kesihatan Pulau Perhentian pada jam 10.50 pagi dan meminta bantuan untuk memindahkan dua orang pesakit berkenaan.

“Pesakit, Muhammad Aiman Alias (22) mengalami patah tulang di beberapa tempat akibat dihempap pokok kelapa, manakala seorang lagi pesakit, Chaan Chee Keong (45) disyaki mengalami strok,

“Bot Maritim Penyelamat 7 tiba di Pulau Perhentian pada jam 12.05 tengah hari. Namun kedua pesakit perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan,

Chaan Chee Keong (45) disyaki mengalami strok di bantu anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan untuk dibawa menaiki Bot Maritim Penyelamat.

“Memandangkan pesakit perlu menerima rawatan segera dan teksi air agak sukar untuk beroperasi kerana keadaan angin kencang dan laut yang bergelora mencecah 3.5 meter, kami segera menggerakkan Bot Maritim Penyelamat bagi memastikan kedua pesakit tersebut boleh mendapatkan rawatan segera serta menerima rawatan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bot Maritim Penyelamat 7 tiba di Jeti Maritim Malaysia Negeri Kelantan pada jam 1.40 petang dan kedua pesakit seterusnya dikejarkan ke Hospital Besut menaiki ambulans.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!