Home Semasa Empat kapal asing berlabuh di Labuan, penduduk setempat tidak perlu risau – MKN

Empat kapal asing berlabuh di Labuan, penduduk setempat tidak perlu risau – MKN

by Bernama

LABUAN, 19 Feb – Tiada misteri yang menyelubungi kehadiran empat kapal yang berlabuh berhampiran dengan jeti Asian Supply Base di sini, yang kelihatan seperti ditinggalkan begitu sahaja oleh pemiliknya, sebagaimana yang tular di platform media sosial.

Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah berkata tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai kehadiran kapal itu kerana pihak berkuasa telah menjalankan pelbagai langkah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan urusan yang berkaitan dengan kru kapal berkenaan.

“Tidak perlu panik, kami difahamkan kapal itu telah berada di perairan Malaysia sejak empat tahun lepas, dan di sekitar perairan Labuan ini sejak bulan Mei tahun lepas. Kru kapal itu tidak pernah kembali ke negara asal mereka sejak tarikh berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Semalam satu laporan oleh sebuah akhbar nasional mempersoalkan kehadiran kapal Yue Yuan Yu 219, YueYuan Yu 220, Zhong Yue 22 dan Zhong Yue 23, yang berada di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, yang menimbulkan persoalan mengenai kru kapal yang dibimbangi memasuki negara secara tidak sah kerana enggan kembali ke negara asal yang dilanda wabak COVID-19 ketika ini.

Laporan itu dikongsi di platform media sosial, sehingga menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk Labuan. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!