Johor Bahru, 18 Feb – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini menafikan viral yang telah tersebar melalui media sosial berkenaan terdapat kes COVID-19 di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
JKNJ dalam kenyataanya berkata, berita tersebut adalah tidak benar dan Pejabat kesihatan daerah telah membuat siasatan di lokasi berkenaan.
“Tiada kes COVID-19 dikenalpasti di kawasan tersebut,
“Orang awam diminta tidak menyebarkan viral ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik di kalangan masyarakat,”jelas kenyataan itu.
JKNJ juga menegaskan bahawa penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, tular di media sosial gambar petugas kesihatan memakai sut putih bersama dan muka serta kenyataan meminta agar warga-warga Johor Bahru berjaga-jaga kerana 1 kes Coronavirus di Iskandar Puteri, Johor Bahru.