Home Pertahanan dan Keselamatan Nilai keseluruhan kontrak berjumlah lebih RM 3 bilion akan dimeterai di DSA dan NATSEC Asia 2020

Nilai keseluruhan kontrak berjumlah lebih RM 3 bilion akan dimeterai di DSA dan NATSEC Asia 2020

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pameran Defence Services Asia 2020 (DSA 2020) dan National Security Asia (NATSEC Asia 2020) yang akan berlangsung pada April ini bakal menyaksikan kontrak-kontrak bekalan kepada kerajaan berjumlah keseluruhan RM 3 bilion akan dimeterai.

Pengarah DSA 2020 dan NATSEC Asia 2020, Nadzeem Abdul Rahman berkata, acara menandatangani kontrak yang dianjurkan bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri akan diadakan pada hari ke-3 pameran.

“Acara ini melibatkan syarikat-syarikat yang akan mendapat kontrak bekalan kepada kerajaan. Difahamkan jumlah keseluruhan yang diumum akan melebihi RM 3 bilion,” jelas beliau ketika dihubungi Air Times.

Sementara itu, beliau menjangkakan penyertaan dari Turki adalah terbesar dan paling ramai untuk edisi kali ini.

“Turki juga adalah peserta yang terbesar tetapi pada tahun ini penyertaan mereka melebihi bilangan pada edisi yang lepas,” katanya.

Penyertaan pempamer dari Turki dijangka meningkat pada tahun ini.

Difahamkan, antara syarikat yang terlibat antaranya Aselsan, FNSS, Havelsan, Turkish Aerospace Industries, Nurol Makina, Roketsan, Otokar, STM, Canik, dan Atasilah.

Penyertaan Turki diketuai oleh Presidensi of Defence Industries (SSB).

Terdahulu, Nadzeem menegaskan pihak penganjur akan berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia untuk merangka langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani wabak COVID-19.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan pihaknya telah mengadakan sesi perjumpaan khas dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bagi mengetahui situasi sebenar wabak COVID-19 di negara ini.

Pameran dwitahunan DSA 2020 dan NATSEC Asia 2020 akan berlangsung pada 20 hingga 23 April ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!