Home Teknologi Pertahanan Airbus Helicopter kekal terajui pasaran global, terima tempahan 369 helikopter bernilai US$ 7 bilion

Airbus Helicopter kekal terajui pasaran global, terima tempahan 369 helikopter bernilai US$ 7 bilion

by M.Daim

MARIGNANE, 17 Feb – Syarikat Airbus Helicopters kekal menerajui pasaran global pada tahun 2019 dengan mempunyai 369 pesanan helikopter yang mencatatkan nilai melebihi US$ 7 bilion.

Pada masa yang sama, Airbus telah berjaya menghantar sebanyak 332 pesawat.Ini termasuklah kejayaan menghasilkan helikopter Super Puma yang ke-1000.

“Peningkatan pendapatan dari bahagian khidmat sokongan dan kejayaan membida kontrak ketenteraan pada tahun 2019 menunjukkan kepentingan model perniagaan yang kukuh oleh Airbus,

“Pendapatan yang seimbang dari pasaran awam dan ketenteraan banyak membantu Airbus untuk mengekalkan prestasinya dalam pasaran global yang mencabar,” kata Bruno Even, Pengarah Airbus Helicopters dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kepercayaan oleh para pelanggan turut menjadi faktor penyumbang kejayaan tersebut.

“Matlamat utama kami adalah memberikan pelanggan kami akan perkhidmatan dan sokongan yang baik bagi memastikan pesawat mereka sentiasa beoperasi,” katanya.

H225M merupakan antara model helikopter yang dipasarkan oleh Airbus Helicopters.

Tahun 2019 menyaksikan pelbagai kejayaan Airbus Helicopters dalam pembidaan membekal pesawat ketenteraan.

Antara kejayaan yang berjaya dicapai adalah membekalkan perkhidmatan sokongan helikopter NH90 dalam Tentera Darat Jerman serta kontrak helikopter Tiger, Cougar dan  H225M Caracal di Perancis.

Selain daripada itu, Airbus turut berjaya menyambung kontrak khidmat sokongan selama 5 tahun helikopter Tiger bagi kegunaan Tentera Darat Australia.

Varian H145 yang mempunyai 5 bilah rotor akan dihasilakn oleh Airbus dalam tahun ini,

Pada masa yang sama, pencapaian Airbus turut diperkukuhkan dengan kejayaan kempen penjualan 23 buah helikopter NH90 untuk Sepanyol dan 25 buah helikopter H225M untuk Hungary serta Indonesia.

Dalam pasaran penerbangan awam, helikopter H125 dan H145 merupakan antara pesawat yang mendapat sambutan. Pada tahun 2019, sebanyak 130 buah H125 ditempah manajala 91 tempahan untuk H145.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!