Home Pertahanan dan Keselamatan Mercu bersejarah Pangkalan Udara Kuala Lumpur – roboh atau kekal?

Mercu bersejarah Pangkalan Udara Kuala Lumpur – roboh atau kekal?

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong hari ini menyatakan pihaknya akan memberi perhatian kepada nasib Menara Kawalan Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL).

“Saya akan mengambil perhatian akan isu Menara Kawalan PUKL,” katanya ketika sidang media Festival Seni bina Kuala Lumpur (KLAF 2020) Beyond Heritage Conservation di REXKL, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menggulas lanjut berhubung perkara itu.

Nasib Menara Kawalan PUKL Sungai Besi menjadi tanda tanya terutamanya Projek Bandar Malaysia sedang rancak dijalankan di kawasan itu.

Operasi Pangkalan Udara Kuala Lumpur mula dipindahkan secara berperingkat ke pangkalan lain semenjak Mac 2018.

Menara yang mempunyai nilai sejarah itu berkemungkinan akan diroboh dan ini akan menjadi satu lagi bangunan bersejarah negara hilang ditelan arus pembangunan seperti bangunan lain iaitu Penjara Pudu.

Terdahulu, Chin Tong hadir ke KLAF 2020 yang diadakan di REXKL sebagai tetamu kehormat majlis.

KLAF 2020 dianjurkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

Operasi Menara PUKL telah ditamatkan sejak pertengahan 2017 oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pada 15 Mac 2018, operasi PUKL kemudiannya dipindah secara berperingkat ke Pangkalan Udara Sendayan.

PUKL mempunyai nilai sejarah dan sentimental kepada TUDM terutamanya dari sejarah negara.

Pangkalan udara ini merupakan pangkalan udara yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu dan mula beroperasi semenjak 1 Jun 1941. Pangkalan udara ini juga pernah menjadi pusat pertahanan Tanah Melayu ketika Jepun sedang menawan Tanah Melayu dan Singapura.

Selain itu, PUKL menjadi tempat lahirnya TUDM dengan penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan (TUDP) pada 2 Jun 1958.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!