Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 4 PATI warga Myanmar berkerja di sangkar ikan

APMM tahan 4 PATI warga Myanmar berkerja di sangkar ikan

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 16 Feb – Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam pemeriksaan yang  dilakukan pada tiga buah sangkar ikan di kedudukan 2.6 batu nautika Selatan Pulau Aman semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun dalam satu kenyataan berkata, kesemua lelaki berusia 19 hingga 39 tahun itu ditahan oleh bot peronda APMM pada jam 4.00 pagi.

Menurut Hamizan, hasil pemeriksaan terhadap tiga buah sangkar ikan berkenaan mendapati dua buah sangkar itu tiada nombor pendaftaran dan kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri serta permit kerja yang sah.

“Mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut,

“Keempat-empat PATI tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!