JOHOR BAHRU, 13 Feb – Pengarah Kesihatan Negeri Johor menafikan dakwaan bahawa sebuah sekolah rendah telah ditutup atas arahan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berikutan seorang pelajarnya disyaki menghidap wabak COVID-19.
JKNJ dalam satu kenyataan menegaskan penutupan sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) adalah arahan daripada pihak mereka. Namun, JKNJ mengesahkan seorang kanak-kanak dari sekolah berkenaan adalah kontak kepada kes COVID-19.
“Seorang kanak-kanak dari sekolah terbabit merupakan kontak kepada kes COVID-19 yang dirawat di Singapura pada 10 Februari 2020,
“Terdapat 3 kontak rapat telah dikenalpasti iaitu isteri dan dua orang anak pesakit,” jelas JKNJ yang turut menyatakan usia kedua-dua kanak terbabit adalah 8 dan 6 tahun.
Namun, kedua-dua kanak-kanak terbabit bebas dari jangkitan COVID-19.
“Hasil siasatan ke atas kedua-dua kanak-kanak tersebut mendapati mereka bebas dari jangkitan COVID-19 dan masih dikuarantin di hospital sebagai kontak kes positif,
“Status ibu kepada kedua-dua kanak-kanak terbabit masih lagi dalam siasatan,” kata kenyataan itu.