Home Semasa ‘Sudahlah sebar berita palsu, siap sebar maklumat peribadi pesakit lagi’

‘Sudahlah sebar berita palsu, siap sebar maklumat peribadi pesakit lagi’

by M.Daim

JOHOR BAHRU, 13 Feb – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan sebarang berita mengenai laporan jangkitan COVID-19 dan pendedahan maklumat siasatan kontak melibatkan anggota polis di Bukit Besar, Kota Tinggi yang tular di media sosial.

JKNJ dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya berkata, laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan yang telah tular.

“Orang awam diminta tidak menyebarkan viral ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik dikalangan masyarakat,

“Harus diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedu-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” tegas JKNJ.

Sementera itu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu menegaskan bahawa penyebaran maklumat peribadi dan nama pesakit adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Maklumat peribadi dan nama pesakit yang terpapar di laman media sosial merupakan pelanggaran hak peribadi individu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!