Home Pertahanan dan Keselamatan Kerja pengawal keselamatan warganegara asing hanya untuk Nepal sahaja

Kerja pengawal keselamatan warganegara asing hanya untuk Nepal sahaja

by M.Daim

PUTRAJAYA, 13 Feb – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan hanya pengawal keselamatan warganegara Nepal sahaja dibenarkan untuk bekerja di negara ini.

KDN menyatakan perkara tersebut susulan laporan media Pakistan menyatakan sekitar 100,000 hingga 150,000 pengawal keselamatan dari Pakistan akan berkerja di negara ini.

“Pada ketika ini, hanya pengawal keselamatan warganegara Nepal dibenarkan untuk berkerja dengan syarikat kawalan keselamatan swasta yang berlesen,” tegas KDN dalam satu kenyataan.

Media Pakistan, The Nation memetik kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch yang berkata, Malaysia sudah berbincang dengan Pakistan mengenai perkara itu dan pengambilan pengawal keselamatan berkenaan dibuat kerana Malaysia menghentikan pengambilan pekerja kurang berkemahiran.

Dalam perkembangan lain, KDN telah berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PKIM) untuk memperkasakan tenaga kerja pengawal keselamatan tempatan melalui beberapa program.

“Program-program latihan secara kolaboratif seperti Certified Security Guard (CSG) dan Certifired Bodyguard (CBG) telah dijalankan sejak tahun 2014,

“Program sebegini dijalankan bagi meningkatkan imej dan kualiti perkhidmatan kawalan keselamatan swasta dalam negara ini,” jelas KDN.

Menurut KDN, serama 120,767 orang pengawal keselamatan tempatan telah menjalani program latihan ini. Dari jumlah tersebut, seramai 80% pengawal keselamatan masih berkhidmat dalam industri.

“Program ini turut bertujuan untuk memastikan pengawal keselamatan yang telah dilantik oleh pihak syarikat memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan oleh pihak kementerian,” kata KDN.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!