Home SemasaGlobal Vietnam, Thailand dan Indonesia miliki potensi pasaran pesawat komersil yang terbaik di ASEAN

Vietnam, Thailand dan Indonesia miliki potensi pasaran pesawat komersil yang terbaik di ASEAN

by M.Daim

SINGAPURA, 12 Feb – Syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, Boeing menjangkakan nilai pasaran pesawat komersil dan perkhidmatan di Asia Tenggara akan cecah US$1.5 trillion dalam 20 tahun.

Menurut Boeing, rantau ini akan memerlukan ebanyak 4,500 buah pesawat komersil baharu dalam tempoh yang sama. Selain daripada itu, pasaran pesawat komersil satu tingkat menjadi pemacu utama kepada perkembangan pasaran di rantau ini.

“Vietnam, Thailand dan Indonesia merupakan antara 10 negara utama yang dilihat menambah kapasiti penerbangan komersil semenjak tahun 2010. Vietnam merupakan pasaran utama dengan perkembangan sebanyak 15% setahun sementara Thailand dan Indonesia sebanyak 10% setahun,” kata Timbalan Presiden Pemasaran Komersil Boeing, Randy Tinseth dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, perkembangan ekonomi di rantau ini menjadikan Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran besar dalam dunia penerbangan global.

“Asia Tenggara merupakan salah satu pasaran utama industri penerbangan global disebabkan faktor  perkembangan ekonomi yang turut dipacu oleh faktor domestik dan pelancongan ,” jelasnya lagi.

Asia Tenggara dijangka memerlukan seramai 182,000 juruterbang, anak kapal, dan kru penyelenggaraan bagi memastikan industri penerbangan untuk terus berkembang.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!