Home Pertahanan dan Keselamatan Amerika Syarikat intip saluran komunikasi rahsia rakan dan lawan, termasuk Malaysia

Amerika Syarikat intip saluran komunikasi rahsia rakan dan lawan, termasuk Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Malaysia merupakan antara lebih 120 buah negara menggunakan peralatan penyulitan (encryption device) bagi tujuan komunikasi yang telah diintip oleh badan perisikan Amerika Syarikat selama puluhan tahun.

Peralatan yang dikeluarkan oleh syarikat Switzerland, Crypto, yang merupakan entiti perdagangan yang dikawal secara sulit oleh Central Intelligence Agency (CIA).

Menurut laporan Washington Post, peralatan ini digunakan untuk menyahsulitkan komunikasi oleh pengintip, diplomat dan pegawai bagi mengelakkan kebocoran maklumat kepada negara asing sekiranya dipintas.

Namun, maklumat-maklumat yang disampaikan melalui peralatan ini tidak lagi menjadi rahsia kerana telah diketahui oleh CIA. CIA berupaya untuk menyahsulitkan (decrypt) maklumat yang disampaikan dalam masa yang singkat.

Operasi pengintipan yang dilaksanakan oleh CIA diberikan nama ‘Rubicon’. Operasi yang dahulunya dikenali sebagai ‘Thesaurus’ dilaporkan berjaya.

“Negara-negara dunia telah membayar wang yang banyak kepada Amerika Syarikat dan Jerman Barat dengan membeli peralatan tersebut,

“Peralatan yang dibeli memberi keupayaan kepada negara pengguna untuk berkomunikasi secara rahsia tetapi tidak mengetahui maklumat mereka sedang dibaca oleh dua atau enam negara,” lapor Washington Post.

Pendedahan operasi ‘Rubicon’ oleh Washington Post adalah berdasarkan dokumen rahsia yang diperolehi oleh agensi itu.

Menurut dokumen tersebut, Malaysia merupakan antara negara pembeli peralatan penyulitan dari tahun 1950 sehingga sekitar tahun 2000. Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Filipina turut disenarai sebagai negara pembeli peralatan itu.

Senarai tersebut mendapati Singapura serta negara-negara di bawah perjanjian Five Eyes tidak membeli peralatan penyulitan dari Crypto AG.

Five Eyes merupakan perikatan kerjasama perisikan antara Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Laporan oleh Washington Post turut menyatakan Crypto telah mengeluarkan dua versi peralatan; versi selamat untuk negara sahabat manakala versi yang tidak selamat pula adalah kepada seluruh dunia.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!