KUALA LUMPUR, 8 Feb – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
Lawatan yang bermula pada 7 hingga 9 Februari ini merupakan lawatan rasmi pertama Affendi sejak menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 2 Januari 2020 lalu.
Menurut Markas Angkatan Tentera Malaysia, lawatan ini merupakan agenda strategik dalam mengukuhkan hubungan diplomasi pertahanan diantara dua buah negara.
“Semasa di Indonesia, Affendi turut membuat kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI), Marsekal TNI Hadi Tjahjanto dan Sekreteris Jenderal Kementerian Pertahanan Republik Indonesia, Laksdya TNI Agus Setiadji,
“Affendi juga meluangkan masa mengunjungi Monumen Perjuangan Mempertahankan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) di Jakarta dalam memberi penghormatan kepada para pahlawan negara tersebut,” jelas kenyataan itu.
Lawatan beliau ke Indonesia turut diiringi oleh Assisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan ATM, Mejar Jeneral Hashim Aman Shah dan Penolong Penasihat Pertahanan Indonesia, Lt Kol Rosmal bin Abd Malek TUDM.