Home Semasa Askar mengamuk, bunuh 12 orang di kuil dan pasar raya

Askar mengamuk, bunuh 12 orang di kuil dan pasar raya

by M.Daim

KORAT, 8 Feb – Seorang askar Thailand telah melepaskan tembakan di kawasan kuil Buddha dan pasar raya di bandar Nakhon Ratchasima, hari ini.

Penyerang, Koperal Jakrapanth Thomma, 32 tahun,  lengkap memakai peralatan tempur dan bersenjatakan raifal automatik telah menembak pegawai pemerintah dan dua lagi anggota tentera di Kem Surathampithak. Jakrapanth turut mencuri sebuah kenderaan Humvee sebelum menuju ke puat membeli belah di daerah Muang.

Bangkok Post melaporkan, Jakra bertindak melepaskan tembakan ke arah tong gas di sebuah pusat membeli-belah. Serangan yang berlaku telah meragut sekurang-kurangnya 12 orang.

Jakra telah berswafoto dan turut menyiarkan serangannya secara langsung di Facebook. Facebook telah bertindak memadam akaun Jakra tidak lama kemudian.

Sehingga kini, Jakra masih bebas dan sedang diburu oleh pihak tentera serta polis Thailand.

Anggota tentera turut dihantar ke pusat membeli-belah berkenaan dan dipercayai seramai 16 orang telah dijadikan tebusan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!