Home Semasa NGO Melayu bersemuka dengan Waytha Moorthy hari ini

NGO Melayu bersemuka dengan Waytha Moorthy hari ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gabung, Ellie Suriaty Omar menyatakan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy pada hari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ellie dalam sidang media yang diadakan di Wisma MPM, semalam.

“Kami telah mendapat jemputan untuk menghadiri satu sesi dialog yang dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan,

“Initipati pertemuan akan dikongsikan oleh kami sebaik sahaja dialog tersebut tamat,

Beliau berharap pertemuan tersebut akan membuahkan hasil di samping mendapat jawapan yang telus oleh menteri mengenai beberapa persoalan yang timbul.

Walaupun begitu, isu dan intipati yang akan dibawa semasa ke pertemuan itu tidak dinyatakan. Difahamkan, pertemuan akan diadakan Putrajaya pada pagi ini.

Ellie turut menegaskan, pihaknya turut memperjuangkan perpaduan untuk semua pihak tanpa mengira kaum.

Terdahulu, Ellie mengumumkan barisan NGO di bawah Sekretariat Gabung yang terdiri daripada Selamat Gelombang Rakyat (SEGAR), MAPIM, Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Majli Perundingan Ayahanda Malaysia (MPAM), Pertubuhan Biru Bersatu ABATA Malaysia, Persahabatan 565, Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia (Serumpun), Gagasan Tiga, Majlis Amal Beretika Bersatu (MABB), Pertubuhan Solidariti Marhaen Malaysia (SOLMA), Gerakan Merah Malaysia, Perjuang Generasi Melayu Islam Malaysia (PANJI), Gerakan Anak Muda Islam (GAMIS), BMF Media TV, Pertubuhan Salam Budi dan Armada Melayu Malaysia.

“Kami telah bersatu hati menyatakan kesudian serta kebersamaan untuk martabat, maruah agama, bangsa dan tanah air,” katanya semasa pengumuman itu.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!