Home Semasa Warga Kanada disyaki positif koronavirus di KLCC

Warga Kanada disyaki positif koronavirus di KLCC

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan remaja perempuan Kanada berusia 17 tahun yang telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan di menara KLCC, disyaki mempunyai wabak koronovirus (2019-nCoV).

Beliau berkata pihaknya baharu sahaja mendapat maklumat berkaitan kejadian itu hari ini dan masih menunggu laporan lengkap dari pihak HKL.

“Saya pun baru dapat maklumat mengenainya. Saya kira pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) datang dengan pakaian yang lengkap dan berjaga-jaga,

“Pesakit telah dibawa ke HKL. Kami akan dimaklumkan perkembangan mengenai kes itu nanti. Apa pun kami akan terus berkomunikasi dengan pihak di sana,” katanya.

Dr Dzulkefly mengulas mengenai foto tular di media sosial yang memperlihatkan pasukan Hazmat dan anggota polis berlegar di Tower 3, Menara Petronas, KLCC.

Terdahulu, remaja Kanada itu dilaporkan pengsan di menara berkenaan sebelum dihantar ke HKL.

Menurut Dr Zulkefly, pihaknya sehingga kini masih belum ada pengesahan sama ada pesakit tersebut positif 2019-nCoV atau tidak.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!