Home Pertahanan dan Keselamatan ESSZONE terus pertingkat kawalan keselamatan, perintah berkurung dilanjutkan hingga 20 Feb

ESSZONE terus pertingkat kawalan keselamatan, perintah berkurung dilanjutkan hingga 20 Feb

by Bernama

KOTA KINABALU, 5 Feb – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini akan dilanjutkan hingga 20 Feb ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Omar dalam kenyataan semalam berkata perintah berkurung dari pukul 6.00 petang sehingga pukul 6.00 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Beliau berkata dengan berkuat kuasa perintah berkurung itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytiharkan antara pukul 6.00 petang sehingga pukul 6.00 pagi pada tarikh dinyatakan.

“Perintah berkurung ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pulau peranginan.

“Perintah berkurung ini juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di daratan ESSZONE,” katanya.

Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperlua mendesar untuk melalui kawasan perintah berkurung,” tambahnya. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!