Home Semasa Seorang rakyat Malaysia disahkan positif jangkitan wabak  koronavirus

Seorang rakyat Malaysia disahkan positif jangkitan wabak  koronavirus

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini mengesahkan 2 kes terbaru Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Kes terbaharu yang dilaporkan adalah melibatkan seorang wargenegara Malaysia dan seorang warganegara China.

“Pesakit berusia 41 tahun berasal dari Selangor dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran,

“Beliau berada di negara jiran atas urusan kerja dan melibatkan delegasi dari negara China,” kata Dzulkefly.

Beliau menambah, pesakit telah pulang ke Malaysia pada 23 Januari 2020.

“Pesakit telah menerima rawatan pesakit luar di klinik swasta kerana demam dan batuk,

“Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan menghidap wabak itu pada 3 Februari  2020,” jelas Dzulkefly.

Pesakit pertama dari negara ini mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura. Menteri Kesihatan turut menegaskan Malaysia dan Singapura sedang berkerjasama rapat untuk mengesan kontak yang menghadiri mesyuarat itu.

Kes jangkitan kedua melibatkan seorang warganegara China.

“Pesakit yang berusia 63 tahun tiba ke Malaysia pada 18 Januari 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),

“Beliau menerima rawatan pesakit luar pada 23 Januari 2020 dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan dijangkiti 2019-nCov,” kata Dzulkefly semasa sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 10 kes positif wabak 2019-nCov dengan 9 daripadanya melibatkan warga China dan seorang warga Malaysia.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!