Home Semasa Tiada kes terbaharu wabak koronavirus dikesan di Malaysia

Tiada kes terbaharu wabak koronavirus dikesan di Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Feb –  Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan tiada penambahan kes baharu wabak koronavirus di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan jumlah kes jangkitan wabak novel koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia kekal sebanyak 8 kes sehingga jam 12 tengahari hari ini.

“Angka ini termasuk 3 kes yang terdahulu dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima (5) kes dalam kalangan kontak rapat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, kesemua kes positif 2019-nCoV ini adalah warganegara China.

“Jumlah kes PUI bagi 2019-nCoV adalah seramai 192 orang, di mana 105 orang warganegara Malaysia, 82 orang warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Australia, Republik Korea, Jordan, Brazil dan Thailand,

“Daripada jumlah itu, 3 kes telah disahkan positif 2019-nCoV, 173 kes negatif dan 16 masih menunggu keputusan makmal,” jelasnya.

Dzulkefly menegaskan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) ini melalui maklumat yang diperolehi dari pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!