Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Kemalangan trak TUDM di Jugra: 4 Pegawai Kadet masih terima rawatan di hospital

Kemalangan trak TUDM di Jugra: 4 Pegawai Kadet masih terima rawatan di hospital

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Seramai 25 Pegawai Kadet PALAPES Udara dan 3 jurulatih yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan sebuah trak 3 tan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dibenarkan keluar hospital pada awal pagi tadi.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataannya hari ini berkata, para pegawai kadet dan jurulatih yang dibenarkan keluar adalah dari Hospital Banting serta Hospital Klang

“Sementara itu, seorang Pegawai Kadet masih lagi meneruskan rawatan di Hospital Klang dan tiga di Hospital Banting,

“TUDM sentiasa memantau keperluan kebajikan mangsa yang masih menerima rawatan di hospital termasuk menyediakan penginapan untuk waris yang memerlukannya di Rejimen TUDM, Bukit Jugra,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan yang berlaku.

Artikel berkaitan: Trak TUDM terbabas: 29 pegawai PALAPES, 3 jurulatih cedera

Semalam, lebih kurang jam 3.30 petang, sebuah trak 3 tan milik TUDM dinaiki Pegawai Kadet PALAPES dan jurulatih hilang kawalan dan terbalik di kawasan Bukit Jugra selepas selesai menghantar barang untuk persediaan fasa Latihan Medan bagi Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara di kawasan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!