Home Semasa Jaga kebebasan media, sebar berita palsu akan diambil tindakan

Jaga kebebasan media, sebar berita palsu akan diambil tindakan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 29 Jan – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan mana-mana pihak yang didapati menyebar berita palsu akan dikenakan tindakan.

“Kerajaan tidak pernah mengisytihar muzium dan masjid tidak boleh dikunjungi pelancong China kerana dikhuatiri wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV),

“Ini bukan dasar (keputusan) kerajaan. Ini satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan kerajaan akan ambil tindakan terhadap mereka yang keluarkan berita palsu,” tegas Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan Kebebasan Media (Freedom of Press) di negara ini masih terjaga. Namun, pada masa yang sama, kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!