SINGAPURA, 28 Jan – Statistik jangkitan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di Singapura meningkat kepada 7 orang berikutan 2 kes terbaharu dikesan pada hari ini.
Media Singapura melaporkan, 2 kes terbaharu itu membabitkan 2 rakyat China berasal dari Hubei.
Sementara itu, kerajaan republik itu turut melaksanakan sekatan kemasukan pemegang pasport China yang dikeluarkan di Hubei.
Langkah itu diambil bagi mengekang penularan wabak membawa maut itu di Singapura.
Pada masa yang sama, Singapura turut membatalkan pemohonan visa baharu bagi pemegang pasport China yang dikeluarkan di Hubei. Pembatalan yang berkuatkuasa serta-merta itu turut melibatkan Visa Lawatan Jangka Pendek (short-term visa) danVisa Beberapa Kali Masuk (multiple-visit visa).
Selain daripada itu, kemudahan transit bagi pemegang pasport berkenaan turut digantung.